I Hate You, Formalin!
Filed in Life Logs | Published on 3:33 pm | 3 comments so far | 101 viewsHai semua. Selamat berhari minggu. Hari ni ialah Hari Terbuka K17 a.k.a K17 Open Day dianjurkan oleh pihak Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Ketujuhbelas (MTM K17). Tak terasa nak ambik bahagian pulak dalam aktiviti-aktiviti sukaneka. Macam best tapi macam malas pulak. Nak turun ambik gambar pun tak ingin sebab panas terik. Lagipun macam tak happening je…
Macam-macam komen yang aku dapat bila aku post tentang I Am Heartless 3 hari lepas. Hahaha. Aku pun tak tahu apa yang korang fikir masa baca/komen entri tu. Kelakar pun ada baca komen-komen tu. Ada yang okey, dan ada jugak yang memang really, really out of topic. Aku pun terkejut bila baca komen-komen itu. Ada yang aku kena delete. Sorry lah ye. Terasa nak perbetulkan ’statement-statement’ korang pun ada tapi aku fikir-fikir… Biarlah… Aku hanya tersenyum sorang-sorang. That’s why aku tak reply langsung komen-komen kat entri tu.
Oh ye, ni ada mesej khas kepada Encik Abah. Tiap-tiap hari 3-4 kali aku try bukak blog ko tapi tak dapat lah. Asyik 504 Gateway Timeout je… Jarang sangat dapat terjah ke blog ko. Haih… Terasa jealous pulak kat diorang-diorang yang berjaya membolosi blog ko. Hihihi. So bila aku dapat masuk je, aku mesti tinggal mesej kat shoutbox engkau ye.
Refer to the post title. Hehehe. Aku kurang sihat sejak balik kelas Anatomi semalam, tak lain tak bukan, formalin punya pasal. Pagi tu ada kelas makmal. Kitorang kena study sistem respiratori manusia. Study jantung. Kecik tomei je jantung tu. Ada jantung yang dah takde rupa jantung pun. Hahaha. Korang pun tahu kan diorang preserve mayat-mayat tu dalam formalin. Benda tu memang busuk la. Dah tu pedih mata lagi. Aku macam nak pengsan je masa Dr. Aris tengah beri penerangan . Tak tahu la kenapa kali ni macam tak tahan dengan benda kimia tu. Tak suka formalin! 
Okay lah, rasanya takde apa-apa cerita menarik untuk dikongsi bersama. Aku nak siapkan laporan makmal Fisiologi and lepas tu Anatomi pulak. Tak la terhegeh-hegeh nanti. Hari tu kena hantar, hari tu jugak baru nak siapkan. Hihihi. Tapi best jugak. Bak kata Yatie, seronok berebut-rebut ni. Hihihi.
Tadaa…! 















3 Responses to “I Hate You, Formalin!”
wah!~ lari naik awan terbang. cute!
lenkali kalo lemas dgn formalin serulah awan terbang tu,
gi kuar sedut udara segar~
the heartless story, tell me someday
Itu hari aa… that formalin dah kasi mata ku bengkak sebelah. Ini hari pulak aaa… itu formalin sudah kasi tekak ku tak selesa. Asyik nak batuk je… dada pun kadang-kadang sakit… Haih…
Huwaaaa sedihnyer…kawan aku cakap..masalah yang keluar masa ko bukak website aku adalah kerana University kamu yang telah memblock url abah sesuka hati. Tidak dapat dipastikan kenapa ia berlaku….adakah sebab femes? *berangan. Ataupun entri tersangat sengal sehingga terbakar system admin di sana?? *misteri
Kalau bukak2 tu..abah ucapkan siap2 tahniah… ekekekeke sabarla yek..entri abah tu baper kali jer berupdate sekali seminggu…so taderla banyak yg ko tertinggal :p *larikkk