News & Updates

We Are The Bumble Bees

Filed in Life Logs | Published on 12:11 am | 10 comments so far | 78 views

Pening kepala. Itu yang aku alami sejak akhir-akhir ni. Mana tak pening kalau dah asyik mengadap mikroskop. Aku mula bencikan mikroskop. Tapi aku tak boleh buat apa-apa sebab aku mesti akan kena guna mikroskop jugak. Hari tu kitorang kena kira sel darah yang beratus-ratus itu menggunakan mikroskop. Yelah kan, kalau tak mana nak nampak sel darah tu. Hari ni pulak kitorang kena cari struktur-struktur yang disenarai dalam manual praktikal seperti bronkus, bronkiol, trakea, sel Goblet, dan macam-macam lagi. Bila nak observe struktur-struktur ni semua dah tentu kena guna kuasa tinggi. Last-last, pening dah kepala aku. Ditambah pulak dengan keadaan perut yang bernyanyi riang. Terus hilang mood nak teruskan kerja.

Petang tadi ada kelas IT. Seronok! Seronok bersembang. Hahaha. Jahat, jahat! Tadi ada presentation dan semua wakil kumpulan berebut-rebut nak present dulu. Pensyarah tu sampai kena susun turutan kumpulan. Pasti pensyarah IT itu sangat gumbira. Haa… Nak tau kitorang punya kumpulan nama apa? The Bumble Bee! Hehe. Kawan-kawan yang pilih. Dan ahli-ahli kumpulan pula terdiri daripada ahli-ahli rumah belaka plus sorang jiran wing sebelah. Haha! Salam Baber… Sebelum kelas habis, sekali pensyarah tu panggil nama setiap pelajar. Nak berkenalan katanya. Apa lagi… Kantoi la budak-budak yang tak datang tapi kehadiran bertanda. Kantoi la budak-budak yang datang tapi balik awal tanpa beritahu pensyarah. Bila pensyarah tanya, diorang jawab…

Dot dot dot (nama orang) pegi toilet…

Pegi toilet? Aii tak balik-balik pun?

Baru keluar saja…

Okay, takpe… Kita tunggu dia balik…

Kemudian pensyarah sambung lagi panggil nama pelajar seterusnya. Pun diorang bagitahu pergi bilik air jugak.

Aii… Ramainya yang pegi toilet?

Panggil lagi… Ada student jawab…

Dia pegi mandi *berseloroh*

Ooo mandi… Yang ni pulak?

Dia tukar baju…

Yang ni kenapa pulak? Cirit-birit? Amboii… Ramainya kena cirit-birit… Yang ni pun cirit-birit jugak… bla bla bla…

Hahaha!!! Aku ketawa je masa tu. Tau pensyarah tu tak puas hati tapi boleh lagi dia buat lawak. Lepas tu kena warn la dengan dia. Jangan sign untuk kawan, kalau ada hal kena balik awal inform dia dulu, bla bla bla…

Padan muka diorang yang cabut awal. Memang kelas biasa-biasa je, subjek pun subjek senang tapi hormat la pensyarah tu. Pada pendapat aku, tak elok la buat macam ni. Kesian kat pensyarah. Dia dah la dari fakulti lain. Kena datang FPSK korang pulak buat dia macam tu. Hormat la pensyarah, okay?

Balik dari kelas, Yatie bawak durian. Dia pesan kat seseorang supaya belikan durian untuknya. Habis satu rumah berbau. Kasihan pada Izzati yang anti durian itu. Sepanjang masa pun tutup hidung dengan tuala. Haha.

Sebentar tadi baru terima notis dari pihak pengurusan kolej. Main selit bawah pintu je. Bertuah betul si penghantar notis tu. Notis itu menyebut kami dilarang membawa peralatan elektrik dan elektronik seperti televisyen, pemanas air, seterika, etc. Katanya seterika dan pemanas air hanya dibenarkan di stor/pantry aras dua bla bla bla… Sekiranya melanggar arahan ini, akan dimerit sebanyak 20 merit, didenda sebanyak RM50.00, barangan dirampas dan mungkin tidak dibenarkan tinggal di asrama apartment K17  lagi. Melampau la kalau seterika pun tak boleh. Ape ingat kitorang ni budak sekolah rendah ke mak yang tolong gosokkan baju?! Mati la nak beratur panjang tunggu giliran guna seterika kat aras dua tu! Kalau nak haramkan TV aku tak kisah sangat. Masuk akal la jugak. Ini seterika. Dish! dish! Tapi tak best la kalau takde TV. Tak dapat la tengok cerita Bong di TV 9 macam tadi lagi… Huhu…

Aku nak layan TV puas-puas la. Babai!

by Fath
July 28,2007

    10 Responses to “We Are The Bumble Bees”

  1. Gravatar
    manchurr // on July 28th, 2007

    hahaah ape la nak jd ngan kawan2 ko tu.. sian lecturer tu..

  2. Gravatar
    azrn // on July 28th, 2007

    saterika pown takleh? ampeh aar… huhuhu…

    kat sini nama je takleh bwk tv. tp ramai je bwk tv la..mini fridge laa..ahaha..
    bkn depa rajin sgt pon nk check~

  3. Gravatar
    mohdismail // on July 28th, 2007

    heh.. seterika pun tak bagi… seperti asrama budak2 :p

  4. Gravatar
    lila // on July 28th, 2007

    LOL~
    ekau masih bertuah tau sempat lagi tgk tv.
    kalau umah ku ada tv pon xsempat neok munye.
    adik ku sedang guna 3-column theme for the first time.
    sile beri tunjuk ajar ^-^

  5. Gravatar
    Fath // on July 28th, 2007

    [quote comment="916"]saterika pown takleh? ampeh aar… huhuhu…

    kat sini nama je takleh bwk tv. tp ramai je bwk tv la..mini fridge laa..ahaha..
    bkn depa rajin sgt pon nk check~[/quote]

    Kitorang kat sini bukan asrama yang biasa2 tu… Kitorang punya macam rumah @ apartment… So kalau strict sangat mcm tu tak kena la… aku tak suka la… tapi peduli apa, bawak je la…

    [quote comment="925"]heh.. seterika pun tak bagi… seperti asrama budak2 :p[/quote]

    Bawak je Mail… lantak diorang la nak check ke ape ke…

    [quote comment="926"]LOL~
    ekau masih bertuah tau sempat lagi tgk tv.
    kalau umah ku ada tv pon xsempat neok munye.
    adik ku sedang guna 3-column theme for the first time.
    sile beri tunjuk ajar ^-^[/quote]

    Yaa… semalam ada tengok tp internet yang amat slow jadi gambar background tak load sepenuhnya. Nnt ku check lagi…

  6. Gravatar
    WaWa // on July 28th, 2007

    ya, aku setuju. kalo pon ada hal, inform la lecturer tu. bukan dia tak kasi balik.

  7. Gravatar
    baber // on July 28th, 2007

    huhuhu….1st skali, thnx promote nama aku….BABER……wes, aku x baca lg notis tu…aku tau pon dr ko…kalo x, hampeh….wes, xde ke org nk wat petisyen bantahan….aku snggup wat sign utk 587 org…..benci benci benci

  8. Gravatar
    Fath // on July 28th, 2007

    Wah berinformasi kepada masyarakat jugak blog aku ni ye. Hehe… Apa kata kite buat bantahan beramai-ramai? Ko sebagai ketua, kita orang ikut belakang ko je… hik hik :P

  9. Gravatar
    Iqa // on July 31st, 2007

    ak pun x pueh ati ngn amaran ‘tah pape’ yg deselit kt bwah pintu tu..dish dish dish..(menumbuk teddy tas katil.haha)

  10. Gravatar
    anasxz // on August 2nd, 2007

    ish.. xpatut wat lecturer camtu.. u beb.. bukan second school lagik.. hadu.

    ala.. korang pandai2 la guna.. jangan sampai diorang tau.. pandai2 makan pandai la simpan.. ini sterika sampai meletop mau depa tak haram.. ala sebulan dua ja.. larat nak round hari2.. buat taktau ja..

Have Your Say