I Might Quit Blogging
Filed in Life Logs | Published on 12:13 am | 22 Comments | 33 viewsSob… Aku mesti pergi ke klinik gigi secepat mungkin. Asyik tertangguh je makin sakit dah. Dengar kata Sya nak pergi Pusat Kesihatan UPM hari Rabu ni. Mungkin aku akan follow kalau takde ape-ape hal. Sebenarnya kitorang takde kelas hari Rabu. Tapi untuk siapkan mini projek Anatomi (dissection) tu, maka hari Rabu pada setiap minggu dah ditempah sebagai ‘hari perjumpaan dengan mayat’. Ngee… Aku dengar Sya bersembang dengan Baber masa kelas Sitogenetik pagi tadi…
Aku nak gi PK la… Hari Rabu kot…
Ko nak buat pe? Nak follow…
Nak cuci gigi… Hihihi…
Ala ko, nak dating dengan mayat pun nak cuci gigi…
(Ketawa…)
Ala kita gi lepas bedah mayat la… Hihihi…
Aku duduk depan diorang masa ni. Aku tergelak kecil la dengar diorang ni sembang. ‘Nak jumpa mayat pun nak cuci gigi’. Tak tahan. Kelas pagi tu sepatutnya kuliah 2 jam. Tapi sebab air cond rosak, lecturer tu tak tahan. Haha. So dia bagi kitorang balik sejam lebih awal. Sambung tidor la apa lagi. Tak biasa la kelas pukul 8.00 pagi. Mengantuk. Lagipun cuaca hujan tadi. Best woo~ Zzz…
Pukul 11.00 am pergi kuliah Fisiologi pulak. 2 jam jugak. Sejam pertama memang excellent la otak aku ni menangkap point-point kat depan. Lagipun memang topik favourite aku - Sistem Kardiovaskular. Lagipun dah pernah belajar kat matrik dulu. Masih melekat dalam otak. Senang la nak ingat. Dah masuk jam kedua tu… layu habis! Penat ler banyak sangat slides lecturer tu! Tak bagi chance balik awal la lecturer ni…
Petang ada kuliah Anatomi dengan Dr. Kim (that Korean lecturer). Yang ni lagi la tak tahan. Nak kena tangkap sebutan English dia lagi plus aku tak suka subjek Anatomi… Slides Dr. Kim ni ada gambar je. Takde slide bertulisan. Semua gambar. Pening aku…
Malam tadi, kelas terakhir untuk hari Isnin - Teknologi Maklumat. Yang ni sangatlah enjoy. Yang take over kelas pun kakak instructor, bukannya lecturer. Aku suka kelas ni. Haha. Dapat balik awal bila kerja dah siap. Kerja simple pulak tu. Main-main dengan Microsoft Office je. Insert satu gambar dan describe gambar tu, buat jadual, buat surat, etc. Macam pengenalan la. Tak heavy. Best!
Sekarang tengah makan roti. Ye, roti je la makanan aku malam ni. Lewat petang tadi dah telan KFC Chicken Chop. Yummy~
Ok lah… Takde mood sangat nak blogging sebenarnya. Banyak sebab dan semuanya bercampur-aduk. Yang buat aku paling nak give up blogging ialah keadaan internet kat sini. Kenapa slow sangat sedangkan dulu tak macam ni? Another reason ialah server asyik problem. Blog aku asyik tak dapat nak akses. Semalam aku betul-betul rasa nak give up blogging. Aku dah macam takleh sabar dengan internet kat sini. Kesian kat aku… Huhu…























Recent Comments
arasis on Recently Loved
NoktahHitam on 128 Eye-Candy Icons
liam on 128 Eye-Candy Icons
liam on 6 Stunning Web Icons For Designers And Bloggers
azreen on Recently Loved