Cerita Kucing
Filed in Life Logs | Published on 2:37 pm | 13 comments so far | 364 viewsHowdy, guys. Apa khabar semua? Hari ni merupakan hari kedua aku berpuasa. Selesai mandi semua, aku turun ke bawah dengan muka bertepung gomak (pakai bedak sejuk). Aku ke dapur, aku ternampak sesuatu yang macam best. Ikan temenung rebus (ye ke?) yang dah dikisar, bunga kantan, dan…
“Mak nak masak laksa ke?”
“Ya, nak buat laksa. Hang posa ka?”
“A’ah…”
Huhu… Mak masak laksa pulek… Awat tak bagitau awal-awal? Aku dah la miss sahur tadi. Tapi takper. Aku teruskan jua dengan puasa ini. Petang karang waktu berbuka boleh telan jugak kan?
Okay, tutup cerita pasal laksa. Mari tatap cerita seterusnya…

Hai… Saya Tommy…

Tommy riang bermain dengan selipar.

Maknya pulak, Ketot, sedang menuju ke Pulau Dudoq (tidur).

Kucing Cap Ibu dan Anak*. Tommy syok mak dia tolong bersihkan telinga dia.

Ingat lagi entri Playing With Kitten? Gambar ni aku snap beberapa ketika lepas bermain-main dengan Tommy. Tommy penat lalu berhenti rehat.

Tommy bosan aku asyik snap gambar dia… *Peduli ape aku…

Kebosanan Tommy bertambah. Pada masa yang sama, Tommy layan TV.

Masa ni dalam kereta. Lily Gebu dah ngantuk… Zzz…

Ketot bersantai di tepian tangga. Pantai takde, tangga pun jadi la…

Satu lagi aksi penat Tommy. Mak dia masa ni dah terbongkang kat tengah rumah. Bukan tidor mati tapi tidor pengsan.

“Tommy nak masuk rumah boleh tak?”
Haa… boleh, boleh… Silalah masuk wahai Tommy. Budak ni kalau dah masuk rumah bergusti dengan Lily aje kerjanya. Jarang sekali dia masuk untuk tidur. Bermain-main sahaja. Cuma kebelakangan ni Tommy dah jarang bergusti dengan Lily sebab mereka dah berkawan baik. Suka main benda lain sama-sama. Hehehe…
Gambar Lily pulak aku tak banyak snap sebab dia suka menghilang. Entah mane-mane je dia pegi tidor. Lily tak berapa suka duduk dengan orang. Pendiam pulak tu. Gambar Lily tidor kat atas tu pun aku snap, sebab dia tidor atas riba aku dalam kereta tu. Tapi sekarang Lily dah banyak cakap. Pun dah manja dengan orang. Hmmph… Malam-malam, selalunya akulah orang terakhir yang naik atas. Lily akan teman aku. Dia suka duduk diam-diam kat tepi kaki aku. Kalau dia mengantuk, dia akan tidor kat tepi aku. Baik sungguh Lily kebelakangan ni.
Oh bau laksa sungguh sedap sekali. Diorang (famili) tengah makan. Takpe, takpe… Selamat makan semua! Korang pulak dah lunch ke belum? *Matila dah pukul 2.15 petang baru nak tanya dah lunch ke belum.
*Kucing Cap Ibu dan Anak adalah produk keluaran Kak Lila. Sekian.















13 Responses to “Cerita Kucing”
hohoho… amat cumel laa tommy ni. mcm kucing kampung yang notty. sebijik mcm mak dia :-p
fuh 3rd pic, nyenyak btul dia tido tuh..
layann jer.
kucing cap ibu dan anak jer? bapak mana pegi?
err.. aku tak lunch lagi. *matila pukul 5:52 petang tak lunch lagi T_T
[quote comment="671"]hohoho… amat cumel laa tommy ni. mcm kucing kampung yang notty. sebijik mcm mak dia :-p[/quote]
azreen, mak dia mmg asal dari kampung aku. Kitorang mintak, amik bawak balik ke Alor star. hehehe… dia ikut perangai mak dia la kot…
[quote comment="672"]fuh 3rd pic, nyenyak btul dia tido tuh..
layann jer.
kucing cap ibu dan anak jer? bapak mana pegi?
err.. aku tak lunch lagi. *matila pukul 5:52 petang tak lunch lagi T_T[/quote]
Bukan setakat nyenyak ajuad, pengsan terus dah. Kalau ko uli perut dia pun dia buat derk je… Paling kurang pun mengeliat pastu sambung tidor… Tidor macam orang dia tuh…
aku nak lily gebu tu bole?? Eheks..
[quote comment="674"]aku nak lily gebu tu bole?? Eheks..[/quote]
bu ke yi! (takleh!)
to fath: iyelah produk. it’s funny la the kitties’. akak suspect si lily n tommy tu sedang ingin bercinta. kan kan kan~ help! aku diganggu nyamuk!!
haiyok comeinyerghhhhhhhhhhhhhhhh *senyum2 kucing!
kalo ko notice kat page “kenali abah tu” kucing adalah binatang yang paaaaaling aku sayang
hummm laksa! i loike~ selamat berbuka besar la ko yek!
Kitorang used to have 2 persian cats (yg bulu tebal2 tu).. tp i noticed diorng tu punye la pemalas & pastu pulak kalau usik2 lebih sket je sure dia marah (nak gigit ler tue).. hehhee… kucing yg biasa jugak la yg sporting & proaktif
[quote comment="682"]Kitorang used to have 2 persian cats (yg bulu tebal2 tu).. tp i noticed diorng tu punye la pemalas & pastu pulak kalau usik2 lebih sket je sure dia marah (nak gigit ler tue).. hehhee… kucing yg biasa jugak la yg sporting & proaktif :P[/quote]
Betul tu… Persian cat tak suka campur dengan manusia sangat… Tapi si Lily Gebu tu dah makin ok dah… dia suka je main dengan Tommy. Agaknya sbb kecik lagi kot… Nanti2 dah besar mane tau pemalas jadinye…
geramnye kat Lily tu!!!!!
dapat kucing kelia xpala… mau dapat kucing tak reti sakit pala la dibuatnya, lepas dia punya barang kat sofa cukup baik la.. tauk kat pekan terus la pastu..
cerita kucing.. selalu dengarkan.. nanti nak wat cerita kambing pulak..
lily berapa ringgit? 200 dapat ka?
[quote comment="703"]dapat kucing kelia xpala… mau dapat kucing tak reti sakit pala la dibuatnya, lepas dia punya barang kat sofa cukup baik la.. tauk kat pekan terus la pastu..
cerita kucing.. selalu dengarkan.. nanti nak wat cerita kambing pulak..
lily berapa ringgit? 200 dapat ka?[/quote]
Kucing2 ni bijak… tau tempat membuang, tahu keluar bermain, tahu balik rumah… nak cari makan je merap sikit… lily? tak tahu… itu gebu kawan ayah yang bagi, bukan beli… kami tak pernah beli kucing…
kucing tommy tu pe jenis die ek?
i ade gak bela kucing..bulu lebih kurg cam tommy gak..
I’m not sure lah izan. I’m not an expert.