News & Updates

Wanita: Elakkan Shif Malam

Filed in Health Sciences | Published on 1:49 pm | 6 comments so far | 101 views

Zaman dulu-dulu, hanya kaum lelaki yang keluar bekerja untuk mencari rezeki. Kaum wanita pulak bagi yang dah berkahwin, hanya menjadi suri rumah sepenuh masa; jaga keperluan rumah tangga, memasak, jaga anak-anak, etc. Bagi wanita yang belum berkahwin pulak, mereka hanya menolong emak membuat kerja-kerja rumah, pastu mak bapak bagi kawin.

Zaman sekarang, ‘kehidupan semakin mahal’. Kaum wanita tak boleh duduk rumah je. Perlu sama-sama keluar mencari rezeki. Ditambah lagi dengan perjuangan hak-hak wanita yang inginkan persamaan taraf dengan kaum lelaki - untuk membuktikan wanita juga mampu melakukan kerja-kerja mencabar menyebabkan wanita ingin keluar bekerja.

Tetapi AWAS!

Adalah tidak sihat bagi wanita untuk bekerja hingga lewat malam ataupun pada shif malam. Kerja sampai lewat malam masih OK, sekiranya tak lebih dari 9.00 PM atau 10.00 PM. Paling lewat pun 11.00 PM la… Tapi bagi mereka yang bekerja shif malam, iaitu antara 12.00 AM hingga 6.00 AM sebagai contoh, yang ni memang bahaya.

Secara saintifik, wanita memerlukan lebih rembesan hormon melatonin dalam darah mereka berbanding kaum lelaki. Melatonin penting kerana ia mampu mengurangkan risiko kanser payu dara dikalangan wanita. Rembesan hormon ni paling optimum pada waktu malam, iaitu pada waktu kita tidur. Antara faktor yang boleh mengganggu atau mengurangkan rembesan melatonin ialah pendedahan terhadap pencahayaan terus (direct lightning).

Jadi, dinasihatkan kepada para wanita supaya jangan lupa tutup lampu bila tidur (kadang-kadang kan tertidur, lupa nak tutup lampu). Kalau kat asrama tu, waktu korang nak tidor tapi roomate nak study, pandai-pandai la korang cari selimut ke, ataupun suruh kawan tu pasang lampu meja je.

Kalau seseorang wanita tu menghidap insomnia (Sleep Disorders), lagi parah. Yang tu, kena consult dengan doktor. Ada sesetengah orang akan ambil pil tidur tapi seelok-eloknya bincang dengan doktor dulu.

Okay, di bawah ni kita ada sesi soal jawab dengan Dr. Fath. :D

Apekah pekerjaan yang melibatkan wanita kerja shif malam tu?

Jururawat, pengawal keselamatan, kerja kilang, juruhebah radio, kerja kat kedai-kedai yang bukak 24 jam macam 7 Eleven, dan lain-lain lagi. Seboleh-bolehnya, gantikanlah dengan pekerja lelaki untuk kerja shif malam.

Jururawat macam mana?

Cari la jururawat lelaki. Hehehe…

Kebaikan elakkan wanita kerja shif malam?

Kesihatan - wanita memerlukan lebih melatonin yang dapat menyelamatkan nyawa.

Keselamatan - zaman sekarang ni kat mana-mana pun rasa tak selamat. Lelaki kan lebih gagah dan berani. Kalau terjadi rompakan ke, mereka boleh jugak lawan.

Okay, sekian saja. Entri ini ditulis berdasarkan pengetahuan saya, seorang pelajar Bioperubatan.

by Fath
June 19,2007

    6 Responses to “Wanita: Elakkan Shif Malam”

  1. Gravatar
    dinswok // on June 19th, 2007

    hmmm… first time aku dengar pasal melatonin ni… huhu…

  2. Gravatar
    kaSyah // on June 19th, 2007

    tq fath.. good info. tak tau pulak sebelum ni

  3. Gravatar
    Fath // on June 19th, 2007

    Kajian doktor menunjukkan kandungan melatonin dalam darah pesakit breast cancer lebih rendah berbanding yang sihat… lelaki juga perlukan melatonin tapi dalam kuantiti yang sedikit je.. :)

  4. Gravatar
    rasso // on June 20th, 2007

    Owhhh…

    Terima kasih Dr Fath…

  5. Gravatar
    coolmast3r // on December 2nd, 2007

    OOooOOoo..
    Very informative.
    Walaupun xbrape berkaitan tapi berkaitan jugak dgn aku.
    Heisy ape aku merapu nih.

  6. Gravatar
    Fath // on December 2nd, 2007

    coolmast3r - Haha. You can always ask your little sissy here about human health maa 8)

Have Your Say