Dah selamat pun sampai kat UPM 2 hari yang lepas. Cuma takde mood dan masa je nak layan blog. Hari ni pun lebih kurang je. Tambah lagi busy dengan exam Fisiologi esok dan assignment Pengurusan Haiwan. Nota Fisio belum habis baca lagi dah layan notebook balik. Hehe.. Aku memang begitu. Banyak seh nak kena baca…. Letih..
Jadual untuk esok:
Pengurusan Haiwan Eksperimen (Kuliah), Fisiologi Sel & Sistem Neuromuskular (Amali), Asas Biokimia Perubatan (Amali), dan General Writing Skills. Kuliah Pengurusan Haiwan dah dibatalkan so boleh tdor lebih esok.. Zzz.. (Kalau dah habis baca Fisio la~~).
Makanan santapan aku hari ni ialah Burger Ayam Double Special dan susu coklat Dutch Lady. Yummy~~ Perut dah kenyang pun masih bersenandung lagi.. Buat malu je roomate tegur.. Ngeh.. Perut yang mengada-ngada.
Keadaan meja sekarang sangat bersepah dan serabut dengan kertas-kertas nota dan assignment. Keadaan katil juga begitu. Penuh dengan kain baju yang belum berlipat dan juga buku-buku yang aku bawak pegi kelas siang tadi.. Macam ni ke bilik anak dara? Hihii..
Jap lagi nak tdor aku kemas la. Busy.. (Alamakk! Baru teringat baju yang direndam kat luar belum basuh lagi…)
Nampaknya aku kena pegi sekarang.
Itu sahaja laporan untuk hari ini. Sekian, terima kasih.
Recent Comments
arasis on Recently Loved
NoktahHitam on 128 Eye-Candy Icons
liam on 128 Eye-Candy Icons
liam on 6 Stunning Web Icons For Designers And Bloggers
azreen on Recently Loved